Tuesday, September 16, 2008

Realiti atau sekadar impian kosong?


salam...selamat pagi malaysia...salam sejahtera semua...apa khabar pagi ini...syukur alhamdulillah ke atas nikmat yang Allah Taala kurniakan...selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah serta ahli keluarga dan para sahabat...ameen....


hari ini 16/9/2008 adalah satu tarikh yang dinantikan oleh saudara anuar ibrahim mantan tpm yang satu ketika dahulu amat saya kagumi dari semua aspek yang beliau miliki. tapi tidak bermakna saya kagum, saya menyokong usaha dan impian beliau untuk menakluki malaysia serta menubuhkan sebuah kerajaan baru yang di labelkan sebagai "kerajaan pakatan rakyat" saya sendiri tidak berminat dengan dunia politik malaysia yang penuh dengan muslihat yang baik atau tidak. saya tak mahu komen apa-apa mengenai hasrat mantan tpm tu...terpulang kepada rakyat untuk menilai. bagi saya...apa yang terbaik untuk malaysia akan saya pertahankan. siapa yang memerintah mesti mementingkan agama, bangsa dan negara malaysia yang berdaulat ini...semoga Allah akan terus merahmati malaysia serta dijauhkan segala malapetaka....adakah realiti atau sekadar impian kosong?


-pinggiran gombak-

4 Comments:

z'kea m.s said...

Abang munif... tahniah dah ada blog sendiri. Kita pun agree dgn abg. munif tentang isu 16 sept tu. Moga-moga sesiapapun yg jadi pemerintah akan mementingkan kemaslahatan rakyat jelata..

Salam dr. bumi hang tuah.

laksamana sunan said...

tq kiah...iye la baru nak blajo ada blog sendiri...selama ni dok tgk org lain je...he he he...

-pinggiran gombak-

Hiswadi Anuar said...

Salaam Laksamana Sunan,

Ya..yang penting hasrat rakyat terbanyak untuk melihat pembangunan yang menguntungkan rakyat dan mestilah berada dalam landasan Islam bukan pemerintahan"populist" semata-mata dan mengikut telunjuk puak-puak tertentu untuk mengkayakan suku sakat..

Saya doakan abg muniff akan terus berjaya hendaknya..

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin..

Wassalam

laksamana sunan said...

salam Mr. campro....hr ni lagi terperanjat....pak lah dah resigned menteri kewangan....apa certa ni? lagi la mcm2 rumors akan timbul.......